Thursday, April 18, 2013

Husam dan Mustapa Bakal MB Kelantan?

MENCERAP MALAM                                                                                                         

Husam: Tanding dua kerusi.
Dua tokoh politik Kelantan masing-masing dari PAS dan Umno akan bertanding dua kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Mereka ialah Husam Musa yang bertanding di Parlimen Putrajaya dan kerusi DUN Salor, Kelantan.

Manakala tokoh Umno pula ialah Mustapa Mohamed yang bertanding di kerusi parlimen Jeli dan kerusi DUN Air Lanas.

Kemunculan mereka berdua ini bertanding didua kerusi menarik perhatian umum dan kebetulan pula mereka masing-masing disebut-sebut dan dilihat berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya parti mereka menang.

Husam adalah antara nama disebut-sebut akan mengganti Tokguru Nik Aziz Nik Mat sejak lama dulu. Manakala Mustapa pula tokoh yang diharap menjadi MB Kelantan.

Bagi Mustapa beliau pernah bertanding dua kerusi tahun 2004, di Air Lanas sebagai persiapan menjadi MB dan satu lagi di kerusi Parlimen Jeli, kedua-dua menang. Berbeza dengan Husam inilah kali pertama beliau bertanding dua kerusi.

Langkah Husam itu disandarkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia beliau akan dilantik menjadi menteri. Hanya Husam yang dilihat susuk bertaraf nasional selain Nik Aziz. Dalam pada itu sebagai Exco kanan Kelantan beliau juga diharapkan mengganti Tokguru Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Kemungkinan seorang lagi ahli politik yang akan bertanding dua kerusi ialah Inchek Ibrahim Ali. Sekiranya tokoh lompat parti negara ini tidak mendapat laluan oleh BN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, besar kemungkinan Inchek Ibrahim akan bertanding di parlimen Pasir Mas mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tikit PAS dan kerusi DUN Tendong yang merupakan kubu kuatnya.

Kalau ini menjadi kenyataan bermakna tiga tokoh politik Kelantan akan bertanding dua kerusi state dan parlimen. Dan ini menjadi sejarah. [kb.kwl.12:21 am 18/04/13]

2 comments:

Ridzuans said...

Ambo sokong sgt kalo Husam Musa jd Menteri atau MB kito...tp kalo Tok Guru mmg xjd MB doh pahni hok molek Husam jd MB...bijok tindakan, pcakapan dan percaturan...

Abdul Jalil Abdul Rahman said...

Salam Tuan MSO,

Sekadar tumpang bertanya, memandangkan Husam akan bertanding di dua kawasan dimana jaraknya amat jauh, sempatkah untuk Husam mendaftar diri sebagai calon atau boleh diwakilkan sahaja semasa hari pencalonan tersebut?