Monday, April 1, 2013

Seruan Mahathir Untuk Rakyat Johor Sia-Sia Saja

ULASAN PETANG                                                                                                                 

Kesian marilah berdoa untuk Mahathir Mohamad, dia masih bercakap dalam luruh lama tanpa melihat kepada realiti semasa. Beliau telah terlupa era politik hari ini bukan lagi di zaman kerajaan 2M selepas kerajaan 1M1G atau kerajaan 1M1A atau 1M1A (sekali lagi). Era sekarang ini ialah era Umno dibawa 1N1M.

Mahathir: Seruan yang sia-sia.
Kerana keterlupaan itu mungkin disebabkan nyanyuk, semasa di Johor beliau menasihat rakyat negeri itu agar tidak menyerahkan Johor kepada Pakatan Rakyat. Dia mahukan Johor kekal sebagai negeri fixed deposit kepada UBN. Mungkin Ahmad Maslan memberi gambaran silap kepada Mahathir Mohamad. Dan kejadian memberi gambaran silap atau disengajakan ini juga biasa dalam dunia politik.

Saya tiak dapat pasti sudah berapa lama beliau tidak jejak kaki ke Johor Baharu? Yang pastinya sebaik Abdullah BAdawi jadi Perdana Menteri setahun selepas itu dia keluar dri Umno. Sebagai bukan ahli Umno Mahathir tidak berhak untuk berada atau menghadiri majlis Umno di Johor kecualilah untuk pekena rojok Singapura di Johor Baharu.

Atau apakah sebaik saja meninggalkan Putrajaya kerana terpaksa, apabila ditekan arus reformasi ekoran tindakan mernyingkirkan Anwar Ibrahim, beliau terus menyepikan diri untuk melihat perkembangan politik mutakhir di Johor. Lantaran itu Mahathir masih beranggapan Johor masih kubu kuat Umno. Johor masih seperti Johor di era Umno dibawah pimpinan 2M; Mahathir - Musa.

Elok kalau Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang sudah tentu beliau meyimpan banyak klik video mengenai kegiatan parti politik di Johor dalam setahun dua ini. Sudah pasti ada rakaman gambar majlis politik anjuran Pakatan Rakyat; mengenai kunjungan Niik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim ke Johor.

Klik video atau gambar sambutan masyarakat Johor terhadap majlis-majlis itu boleh dijadikan sumber pencerahan kepada Mahathir untuk beliau tidak terus berilusi atau syok sendiri mengenai Umno Johor yang masih dianggap kubu kuat Umno. Kita tidak mahu Mahathir terkejut dengan realiti yang berlaku di Johor yang boleh menyebabkan dia lemah jantung.

Ceritakan juga macam mana suhu atau pun semangat orang Melayu Johor bingkas tatkala Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pulang ke Johor. Kepulangan Sallahuddin disambut baik dan dianggap oleh orang Melayu Johor pulangnya si pertapa untuk berbakti di negeri sendiri. Kekosongan tokoh pembangkang di Johor selama ini terpenuhi dengan kepulangan Sallahuddin. Bahawa ada kejutan politik luar biasa di Johor sejak ke belakangan ini.

Kepulangan Sallahuddin benar-benar memberi semangat dan rangsangan kepada orang Melayu Johor. Kombinasi Sallahuddin bersama Pesuruhjaya PAS Johor Mahdfoz Omar dan juga pemimpin aktivis PAS Mazlan Aliman serta Ketua Pemuda Suhaizat Kayat dan lain-lain menjadikan Umno tidak boleh tidur malam seperti dahulu. Tiba-tiba saja majlis-majlis anjuran PAD dan juga parti Pakatan lain meledak. Era sekarang ini bukan lagi era Umno boleh tidur nyanyak.

Ketakutan Umno kepada kehadiran mereka ini serta kebangkitan semangat PAS tidak dapat dilindungkan dan ianya terbukti apabila Umno berada dalam keadaan desparate di mana tergamak mengambil tindakan politik ala samseng menghalang ceramah PAS dan Pakatan. Bender PAS, PKR dan DAP satu masa diturun dan diconteng dengan cat.

Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat atau kunjungan Anwar Ibrahim dalam acara jelajah kemerdekaan diganggu dan dihalang. Contohnya semasa di Semberong kawasan Hishmuddin Hussein, kereta Anwar dibaling batu, telor busuk di balik ke pentas ceramah. Semua itu memberi petunjuk bahawa Umno di dalam keadaan tertekan. Mahathir seharusnya mengarifi perkembangan ini semua. Apa dinamakan kubu Umno di Johor sudah pun retak dan kini menunggu masa saja untuk menanti belah. Mahathir sendiri sudah tidak ada kekuatan dan hilang kuasa keramat untuk membendungnya.

Makanya laungan dan seruan Mahathir agar rakyat Johor tolak pembangkang (PR) sudah tidak bererti lagi. Ia sudah pun terlambat. Kalau ibarat hendak menandak air, air sudah pun melimpahi tebing empangan, dan bibir empangan sudah pun pecah. Kedatangan Mahathir itu juga atas ilusi dia merasakan dia masih disanjung dan pandangannya dihormati.

Politik Mahathir yang memburuk-buruk dan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi. Ia tidak diterima pakai lagi oleh golongan muda hari ini. Mungkin kempen fitnah dan memrendahkan wibawa Lim Kit Siang dan Anwar itu valid di zaman dia tetapi tidak waktu ini. Makin dia memburukkan lawan, kebencian tertompok-tompok pada dirinya.

Sebenarnya kedatangan Mahathir ke Johor tidak membantu apa-apa kepada Umno Johor. Orang Johor mengerti apa yang Mahathir lakukan ke atas Johor semasa dia berkuasa dahulu. Johor tidak diberi kuasa mutlak untuk merancang pembangunan negerinya sendiri. Johor adalah satu-satunya negeri dibawah Umno yang pembangunannya diuruskan oleh kerajaan Pusat. Mahathir sendiri semasa menjadi PM dia juga merangkap menjadi Menteri Besar Johor.

Jadi kalau hari ini dia ke Johor untuk menyuruh dan memaksa rakyat Johor tolak pembangkang adalah kerja sia-sia sahaja. Rakyat Johor tidak melihat keikhlasan Mahathir untuk membela dan menyelamatkan bumi Johor dimiliki warga asing tetapi lebih kepada untuk mencapai hasrat peribadinya.

Dalam politik gerhana menimpa Umno kini Mahathir ada ada dua cita-cita atau nawaitu besar dari penglibatannya itu. Pertama dia mahukan Muhyiddin Yassin menadi Perdana Menteri seccepat mungkin yan boleh. Lantaran itu dia mahu pastikan Umno Johor kuat kerana kekuatan itu beliau hendak sangkutkan kepada Muhyiddin. Dalam masa sama dia lupa bahawa sebahagian Umno Johor tidak suka dengan Muhyuddin kerana masih ingat dosa dan noda Muhyuddin menjual tanah Johor Bharu kepada rakat Singapura atas masalah pembangunan.

Kenapa Mahathir menjaga dan memelihara Muhyuddin ialah dengan harapan Muhyuddin akan menjadi Perdana Menteri. Kenapa beliau perlukan sangat Muhyuddin menjadi PM, jawabnya seperti yang sudah tercoret sebelum ini kerana dia mahu anaknya Mukriz pula selepas akan akan mewarisi jawatan itu. Untuk meletakkan anaknya di kerusi itu maka beliau kena membina jambatan dan pagar yang cukup kuat bagi Mukhriz. Itulah rahsia.

Maksud jauh dari itu kenapa dia memerlukan pewaris politik ialah untuk menjaga keselamatan dirinya sendiri kerana jikalau anaknya menjadi PM kebusukan yang sedang dikendung kini akan terselamat dan terus terlindung.

Jadi mengenai seruan Mahathir agar rakyat kekalkan Johor sebagai kubu BN tidak akan berhasil. Orang ramai akan mendengar apa yang Mahathir pohonkan tetapi orang ramai tidak akan sedia melaksanakan kerana mereka memahami sangat apa yang Mahathir sumbangkan untuk Johor.

Dosa-dosa Mahathir ke atas Johor yang tidak memberikan kebebasan untuk melakar plan pembangunan semasa dia jadi PM selama 22 tahun tidak akan tertebus dengan muslihat dia menjual Muhyuddin menjadi PM. Apa lagi kerja menjual Muhyuddin itu dilakukan Mahathir umpama sambil menyelam minum air. Mahathir tidak pernah tidak memikirkan kepentingan dan laba politiknya dari setiap tindak tanduk atau pun penglibatannya dalam politik Umno. [wm.kl.3:27 pm 01/04/03]

3 comments:

Juraimi Zainal said...

Sayu menunggu apa yg pernah diungkapkan oleh arwah Fadhil Noor agar diberi nyawa yg panjang kpd Tun Mahathir melihat kejatuhan BN didepan mata..

Asmara said...

Allah mha kaya mha mngetahui apa yg trsirat d hati mantan PM. Segala kerosakan hasil tngannya mula dlihatkan Allah sikit demi sikit.

Asmara said...

Suasana politk masa kini amat memalukan. Demi kerana kuasa、amalan fitnah dah jadi utama. Dosa tolak ketepi。Berbuih mulut brcakap tentang melayu dan islam,tapi melayunya kemana dan islamnya ntah kemana.